MEMANAH ITU MUDAH & MURAH SEBENARNYA
Bismillah. Memanah itu sunnah yang di tuntut dan sebenarnya takda la mahal sangat macam yang ramai ingat.
"Semua permainan adalah perbuatan sia sia kecuali melancarkan anak panah dengan busurnya, melatih kuda dan bergurau senda dengan isteri kerana isteri adalah sesuatu yang hak" hadis Rasulullah riwayat Tirmidzi, Nasa'i, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad dan Darimi
Kenapa kita ingat mahal? Sebab kebanyakan di pasaran jual yang branded untuk competition dan di import, memang le mahal, bow (busur) je paling koman RM1500-3000, belum anak panah dan aksesori lainnya.. mau pitam dengar.
So, kalau kita takat nak main2 dan sukan2 je, ishhh.. mahal bebeno tu. yelah, takat kalau CASUAL ARCHERS camna ek?
antara peserta kelas memanah percuma |
CAMNA KAMI PUN MULA MEMANAH
Macam kebanyakan korang la, dah lama nak memanah tapi dengar kos dan gitu gini, hmmm... kirim salam la dulu. Tahun lepas, jumpa dengan sorang brader ni, dia peminat memanah dan suka mengajar orang memanah. Allah kurniakan dia bakat dan kerajinan tu. Kami anak beranak pun cuba.. best rupanya memanah ni, Subhanallah.
APA KELEBIHAN MEMANAH?
antaranya la
- dapat pahala sebab ia sunnah. bende baik dan sunnah dalam Islam, mesti ada kebaikannya kan.
- dapat sihat badan sebab ia membantu kuatkan otot tangan, belakang dan tulang belakang (dan mungkin bahagian badan lain la kot, wallahu'alam)
- membentuk peribadi & psikologi yang lebih yakin, sabar dan cool. sebab memanah ni kena tenang walaupun dalam situasi stress atau mencabar, sebab kalau memanah dalam keadaan hati tak tenang, hancus le arrow tu ke mana2 tah dia akan pergi.
- dan banyak lagi.. taip je kat Google..
insyaAllah sesuai utk umur dari 9 tahun ke atas. |
APA BEZA MEMANAH SUNNAH YANG KITAORANG NAK AJAR DENGAN YANG ADA LAIN?
Lebih kurang je, cuma kami stresskan pada ASAS MEMANAH tu dan benefits/kelebihan pada psikologi dan fisiologi pemanah insyaAllah. Camni, kita pakai RECURVE BOW iaitu jenis bow tradisional dan digunapakai sejak zaman dulu lagi. Bila korang belajar cara asas memanah ni, korang tak aim pada target macam nak tembak pistol or macam guna alatan2 yang membantu, tetapi guna "instinct" ... power tu... guna niat hati woo.. insyaAllah.
Sebab dalam fisiologi, depa namakan "muscle memory"... tu yg bila dah sampai certain tahap; tutup mata pun boleh kena target.. ha ha.. jangan main-main.. insyaAllah.
kalau pakai sistem dan bow moden mcm compound bow dan sewaktu dengannya, itu main aim je.. most lain2 the mechanical system yang bantu.. tak natural la. camna gambar compound bow.. apalgi korang Google je la. he he.
OK2.. MINAT NAK MEMANAH NI, SO NAK BUAT CAMNA?
- Korang tengok senarai/jadual KELAS PERCUMA di bawah.
- Daftar dulu. SMS/WHATSAPP je ke 013-778 3382 (berikan nama penuh & umur)
- Datang ke KELAS seperti jadual. (jangan plak tak datang tau.. kami boikot u nanti.. he he.)
- PERCUMA untuk 1 sessi asas (dalam 45 mins gitu). So, lepas tu bergantung la, kalau nak proceed ke camna ke, nanti kami advise. Ye la, katakan nak teruskan dan nak beli bow, kena tengok kesesuaian bow, arrow, bajet RM..
- Kalau ada bajet & minat, baru beli set memanah. (lihat senarai bawah mana yang sesuai dengan korang ye..)
JADUAL KELAS MEMANAH (PERCUMA)
- 1 FEB 2015 (Ahad) 8am.
- 1 MAC 2015 (Ahad) 8am.
- 5 APRIL 2015 (Ahad) 8am.
- LOKASI : Padang Tmn Pinggiran Batu Caves. GPS Coordinates N3.255804, E101.693482 (berhadapan Surau AL KAHFI)
- Pakaian yang menutup aurat dan sesuai untuk aktiviti luar la ye.
- Bow & arrow kami sediakan. Tapi kalau dah ada yang sendiri punya, insyaALlah boleh bawak juga.
JADUAL KELAS MEMANAH (RM20-30/orang)
- 28 FEB : Rawang
- 7 MAC : Umbai Melaka
- 14 MAC : Jering Terengganu
- 15 MAC : Padang Merbok KL
- 21 MAC : Panchor Johor
- 22 MAC : TemuJodoh Johor
- 4 APR : UPM Serdang Selangor
Sila daftar untuk join kelas (samada yang percuma atau berbayar) dengan SMS atau WhatsApp ke 013-778 3382 (berikan nama, umur, ketinggian) insyaAllah. 1 sessi terhad kepada 20-30 peserta sahaja.
KELAS MEMANAH BEGINNER TU PERCUMA KE?
Iye. Percuma utk di Bt Caves (setiap bulan, Ahad pertama insyaAllah). Kalau korang nak hadiahkan RM lepas kelas tu, kami alu-alukan (tabung disediakan he he). Boleh le kami cover duit ngeteh, makan, minyak kereta, repair arrow rosak dan lain2 kot insyaAllah.
Cuma, konsep kami IF YOU CARE, PLEASE SHARE.
Maknanya, share dan ajak lebih ramai muslim lain bersama hidupkan dan buat aktiviti memanah. Ia sunnah yang dah semakin lama ditinggalkan oleh ramai muslim. Majoriti umat Islam di serata dunia tidak pernah dan tidak pandai memanah. Rugi amat, sebab banyak kelebihan terutama membina keyakinan, ke"humble"an, kekuatan badan & dalaman kita insyaAllah.
Ia juga maknanya, korang yang dah belajar dan pandai sikit2, amat digalakkan mengajar mereka yang baru kenal, 1st timer dalam memanah ni. So, kelas2 dan sessi kita kemudian2 nanti, sebenarnya peserta dan korang la yang sama2 bantu gerakkan. Tujuannya untuk menghidupkan sunnah ini dan mendapat redha Allah dalam membantu syiar Islam kan.. INsyaALlah.
BETUL KE MURAH SET MEMANAH NI?
Sini kami senaraikan. Mula dari BEGINNER ke ADVANCE sikit la.
1. BEGINNER SET. RM260-350. Harga bergantung kepada saiz & design.
(1 recurve bow local made + 6 Arrow Easton US). Bow local ni muslim Malaysia buat sendiri. PVC material. dalam 15-20 lbs tension tali (bergantung kepada pengguna/pemilik). Built to order & size (kira handmade la.. power tu..). Sesuai untuk beginner baru nak start, umur dari 7 thn ke atas.
BEGINNER BOW in action |
2. KIDS SOFT ARCHERY . RM400 (import dr France. 1 bow + 2 arrow suction + 1 target)
Ni untuk kanak2 kecil bawah 10 thn la. Untuk main dalam dan luar rumah ok. Asas untuk anak2.
3. ADVANCE SET. RM650 (1 Recurve Bow INTECH2 from France RM500 + 6 Arrow Easton US RM150)
Ni sesuai kalau korang dah terer sikit, atau ada bajet lebih dan tak main la yang beginner set. Material composite steel. 20-25lbs tension tali. Datang dalam casing boleh bawak dan bule jadi bow stand serta arrow stand. ada 3 saiz, ikut pada ketinggian badan.
INITECH2 bow in action. |
INTECH 2 casing yang juga bow stand |
INTECH2 Bow (busur) selepas dah pasang tali |
INTECH2 Casing beserta bownya di dalam. |
So, kalau minat nak join, nak hidupkan sunnah ni, dan nak sama2 mengembangkan sunnah ni, kami amat la mengalu-alukan insyaAllah.
Kalau nak join, order dan beli bow & arrow, bule sms/whatsapp/call 013-778 3382 insyaAllah.
sambil pakai baju kurung pun boleh memanah tau.. ayu gitu.. he he |
Saya nak order 1 set beginner bow n arrow. Tlg bg acct no
ReplyDeleteok kak, done as per message. Robbi Yassir.
ReplyDeletesalam..lpas kelas pertama, ada kelas berbayar yg sterusnya tak?? utk sape2 yg serius nk continue blaja. terima kasih.
ReplyDeleteassalamualaikum..sekiranya selepas jalani sesi latihan pertama yg percuma..ingin meneruskan sesi latihan seterusnya..berapa bayaran yg dikenakan utk setiap sesi berikutnya? dan juga adakah sesi seterusnya itu disediakan set memanah atau kene beli or bwk sendiri pnye?
ReplyDeleteSalam. Kalau nak join mcm mana ya? Ada buat kelas area melaka?
ReplyDelete21hb ni jadi ke buat di ipoh?
ReplyDeletemasih dibuka ke kelas nie???
ReplyDeletenak order mcm mna ya
ReplyDeleteSalam tuan, Nk order set beginner tu mcmana ye?
ReplyDeleteSalem.encik nk order kids set bagaimana ye
ReplyDeleteSalam.ada lagi tak kelas memanah di melaka
ReplyDeleteAslkm. Woooiiiittt... best gak ni. Macam nak joint je.
ReplyDeleteAslkm. Woooiiiittt... best gak ni. Macam nak joint je.
ReplyDeleteBerminat dgn memanah ni.. Boleh wasao sy utk info 0136776213
ReplyDeleteKelas memanah di Melaka untuk dewasa ada lagi tak?
ReplyDeleteKelas memanah di Melaka untuk dewasa ada lagi tak?
ReplyDeleteyoutube
ReplyDeleteyoutube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube youtube mp4 youtube youtube youtube youtube youtube youtube